About Me

My photo
NEVER leave me alone without food!

Sunday 16 October 2011

Success in your life



Hari ini aku nak kongsi pendapat aku dengan korang,
tentang macam mana nak capai kejayaan dalam hidup!

Kenapa aku  tiba-tiba je nak tulis benda ni?
Sebab aku sendiri pun tak tahu macam mana nak berjaya dalam hidup...

Selepas penat lelah aku mencari macam mana nak capai kejayaan dalam hidup dekat google,majalah...
Aku pun tulis lah entry pasal  ni....

Okay jom mula!







Cara-Cara nak berjaya dalam kehidupan...


1) Jangan suka buat perbandingan

-setiap orang ada cara dan gaya dia sendirikan..sama juga dalam menyelesaikan sesuatu...
 Jadi tak payah lah bandingkan diri dengan orang lain berlebih-lebihan

CONTOH: 'Dia belajar sejam je pun dah boleh dapat result yang bagus, aku?'

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri...





2) Jangan selalu kata ' Tak Boleh!'

-Apalah,belum buat apa-apa lagi dah kata tak boleh!
  Belum tahu result lagi dah putus asa..






3) Belajar menghargai diri orang lain juga

- Kalau nak tahu orang yang berjaya bukan setakat hargai diri dorang je!
  Dorang pun turut hargai diri orang lain juga...
  Jadi untuk berjaya jangan pandang rendah terhadap orang lain...





4) Lupakan memori lama..

- Perkara yang dah lepas (bad memories) tak payah nak di ingat-ingat balik..
  perkara yang membuatkan kita berasa lemah/tak semangat harus dilupuskan dari otak sama sekali!
  Sekali gagal tak bermakna gagal selamanya kan?




5) Janganlah terus jadi budak-budak =.=

-Buang semua sifat-sifat buruk korang...
  seperti gosip, mengumpat, berhasad dengki!

 (tapi untuk perempuan gosip tu memang tak boleh dielakkan lah... =P )





6)Don't be selfish! jangan jual ikan tahu!

-Cuba tengok orang yang berjaya, dorang mesti ada orang yang sokong dorang dari belakang..
  Samalah dengan diri kita..kita perlukan sokongan untuk terus berjaya.
  Janganlah pentingkan diri je...





7)Jangan takut timba pengalaman dan cabaran baru

-kita ni kalau dah biasa dengan satu tempat..kita memang tak akan berganjak dari situ!
  contohnya kita pindah sekolah baru... tak payah takut, dekat situ pun kita masih boleh belajar
  dan dapat kawan! :)




8) Confidence!

- Dalam apa benda sekali pun, kita mesti yakin dengan diri sendiri..
  bukan lah terlampau confident... =.=
  Sebenarnya korang kena bangga dengan diri sendiri..
  Yakin bahawa tak ada siapa dekat dunia ni yang lahir tanpa kelebihan...




RAHSIA JADI RATU MESRA


1)Smile

-Tak perlulah terlalu ramah..just senyum menandakan yang korang ni tak sombong sebenarnya..



2)Tindak balas

-bongkokkan sikit badan bila orang bercakap,
  ini menunjukkan korang tertarik dengan cerita dia...



3)Masukkan diri

-Buatlah diri korang sebahagian dari kumpulan tu..
  duduklah dekat tempat yang mana semua oran tengah berborok..
  Then,try lah cakap sesuatu yan berkaitan dengan topik yang dorang bincangkan..
 
(tapi janganlah orang tengah bergosip tiba-tiba kita menyampuk..mesti dorang tak suka)



4)rilex kan diri

-Jangan buat bahasa tubuh  yang buatkan orang rasa nak lari daripada kita...
  Kepala tak payah lah ditundukkan sangat sebab tu akan membuatkan orang fikir korang ni terlalu pemalu..




Okay tamat...



Fuhh...


Rasanya,
Ini adalah entry yang terpanjang pernah aku tulis...

Bye...

Semoga korang suka entry yang aku buat kali ni...hihi  ^_^



http://www.smileycodes.info



IKHLAS DARI :   Najla





Segmen Eida Arina : Jom Berkenalan Blogger 1 Malaysia




Ehem Ehem...


Sebelum  aku tulis biodata aku!
Aku nak ucapkan sepatah 2 kata dulu.... =P

Segmen ni pasal sesi perkenalan diri kita sesama blogger....

Kalau rasa segmen ni menarik, jom lah join sekali!

:):):):):):):):):):):):):):):):)




Jom join segmen Eida Arina !







Nama Panjang/Pendek Saya:Nur Najla 

Tarikh Lahir Saya:30/03/1997

Saya Belajar di Sekolah/Universiti :SMK Tengku Ampuan Rahimah

Nama Blog Saya :^^ The Story Of Us ^^

Follower Blog Semasa Saya : 29 orang Follower sahaja :)

Blogger Otai yang Saya Minat Gilerz :Maria Elena

Harapan dari Saya : Menjadi pelajar cemerlang..dan berblogging sampai tua.  XD



Tarikh tutup segmen : 30/11/2011




Saturday 15 October 2011

Playful kiss, Miss ya!

Kim Hyun Jung with Jung So Min

Dorang dua ni gila cute lah!


Cerita ni mungkin dah lama tapi aku baru je tengok bulan ni..haha ^^'
                                                                     Cerita ni best!

Untuk korang yang tak pernah tengok cerita ni...




                                                           Cerita ni bermula dengan....

~
~
~
~
                                                                                ~
~
~
~
~




Alaa malas lah nak cerita tengok video jelah eh...




Kalau korang perasan kan,
                                Muka Jung So Min dengan Yoon Eun Hye hampir sama!



Yoon Eun Hye,Jung So Min


Sama kan!
Sejak tengok cerita ni barulah timbulnya!
Perasaan minat kepada Kim Hyun Jung....Dia ni cool je dalam cerita tu.
Suka gila watak yang dia dapat tu!

cerita ni best!BESTTTTTT


Trylah tengok kalau rajin ~

bye!! <3

"SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG ..."



Hari ni masuk lagi segmen dari Encik Mohd Naser...

Segmen kali ni pula pasal tingkatkan trafik and follower...
Bak kata Encik Naser =P Encik..

'Kalau tak ada usaha,apa pun tak boleh!'

Dalam segmen kali ni  kita kena terjah blog lain dan tinggalkan komen!

Jadi berusahalah ye! :)

Exam!! hah? exam...

Post kali ini adalah pasal exam


Semua orang tahukan bahawasanya!
Semua orang takut dan tak suka exam!


Tapi kalau ada jugak orang yang suka exam tu...Dia terel lah!


Tahu-tahu jelah aku ni lagi berapa hari nak exam baru nak study ,
Tu pun aku masih boleh relax-relax lagi!


orang study aku menghadap laptop..




Macam ni lah..

Aku sebenarnya takut gila-gila!nak ambik exam...
And aku tak sabar gila nak habis exam!

Sebabnya ,


Fadhleen, Sofia, Fatien, Nadia,Izzati,Jue, Aku


Dah rancang nak buat sambutan Yay!Exam dah tamat...

Tak sabar nak buat..Tapi exam pun tak lepas!

Macam mana ni weh!!Aku dah lah math fail...opps teruk gila aku!
maths punya exam minggu depan!

TARIKH EXAM:20/10/2011

cepatnya lah masa berlalu nak akhir tahun dah!
Tahun depan lagi lah PMR sudah!

Tak apa, tak apa...

Insyaallah aku study! :)

Friday 14 October 2011

Al-Hijab!

Semalam iaitu hari rabu tengok movie dengan family..
Nak dekat final exam pun boleh tengok movie =P


Jadi cerita pilihan ialah al-hijab...

SERAM ke tak?

Serammm kalau anda-anda semua tengok sure tengok sebelah mata aja!

Aku yang duduk dekat dalam panggung tu pun sebelah mata ditutup....
hahaha

Cerita dia ni sebenarnya pasal seorang lelaki ni...

Dia dapat tawaran belakon dalam cerita seram..TAPI!!

Dia ni tak takut langsung dengan hantu...Jadi dia nak lah ada feeling-feeling sikit...

Dia pun jumpalah sorang bomoh ni (dapat text alamat rumah dia tiba2)
Dia nak buka hijab dia..Aku rasa  orang bongok je yang nak buka =D

Hijab tu apa?
Entah tapi ada kena mengena tentang makhluk halus..
 Tapi lebih kurang macam kita kan tak boleh nampak mh (makhluk halus) jarang-jarang
and tak nak nampak pun..

So bila dah buka hijab boleh nampak!

Saranan aku!


JANGAN BUKA HIJAB ANDA!




Kenapa pink? Sebab sebenarnya aku tenah seram ni! pagi-pagi buta ni aku update blog?!
Ish Ish ni kes tak boleh tidur..

tapi dalam cerita ni tak ada lah seram memanjang je
dia ada jugak bab lawak!

Part yang pemandu lori tu,adalah korang tengoklah kalau nak tahu
Tapi cerita dia best jugak banyak seram woohh

Sampai sekarang rasa takut lagi!

Kebiasaan dalam menonton filem seram...

Kesimpulannya kalau nak tahu best ke tak?

Korang tengoklah sendiri! Masing-masing ada pendapat sendirikan? =D


Okay bye

Hari ni tak ada warna-warna...Adalah kot WHITE day =)
Tak ada maksud haha

Monday 10 October 2011

"SEGMEN NASZ : MEH KRITIK BLOG GUA"

.



Hey Kamu-kamu semua!

Hari ni for the first time-nya aku masuk segmen... =D

Dan blog ni pun aku baru je buat tahun ni..
So banyak lagi kena belajar!

Sila-silalah komen apa yang patut ye...

Jangan segan-segan!! ^.^

Wednesday 5 October 2011

Tarik Balik Ayat tu!

Eh tersalah cakaplah! =P


Kan semalam aku cakap ,
Semalam is the worst day...

Tarik balik! :)


Hari ini adalah hari terindah yang pernah aku alami! ECEH...


Nak tahu betapa indahnya hari ni?
Nah tengoklah sendiri!


:):):):)



                                          Tengoklah muka Zamri kelakar dohh!!haha
                                                     Weh jangan marah... =)




                                              Kita orang siap main pirate game! Super best...







                                                  Dorang ni mainnn!tak ingat dunia!!!





                                                Kononnya boleh kayu basikal laju-laju

Tapi tengoklah padle dia pun aku tak boleh kayuh!
Benda tu yang rosak bukan salah aku... =/




                                            Eh!kaki siapa yang paling mengancam?jkjk






                                                             Comel gila!!Jealous I... :)





                                                     Nak join tangkap gambar?Tak boleh!


SIAPA TAK JOIN KITA ORANG SEMALAM
rugi gila! haha

siapa suruh tak join!
Menyesal tak? Mestilah kan... =P



HAH!
Ada pembetulan warna hari...

sepatutnya......

MY DAY IS FULL OF PURPLE PINK TODAY!




Sebab apa?
sebab hari ni ada bermacam warna...

Merah+Biru+Pink= Purple Pink! =D


Bye!! *.* Hari yang okay!


PEMBETULAN:

HARI YANG AWESOME!!!

Tuesday 4 October 2011

Disaster

Arrrghhhhh!!

Boleh bergegar satu dunia ni kalau dengar jeritan aku!

Kenapa aku menjerit?
Sebab hari ni aku nak pergi rumah fadhleen...
api hari ni jugaklah kereta tu rosak!

Eh apa ni?!
Dorang semua mesti dah tunggu...

wahh!!
Hari tu aku jugaklah orang yan paling lambat and
hari ni pun aku jugaklah yang paling lambat!!

Apa ni?apa ni?!

Teruk lah... =(


THIS IS THE WORST DAY

My day colour today is RED

Monday 3 October 2011

Extraordinary Me!!

Aishah say thank you!


Nak tahu sebab apa?

Sebab aku dah tolong edit gambar kau!!
hah!dari biasa je..
jadi extraordinary! hehe



 Nah tengoklah gambarnya!!


ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
































hihi aishah pun comel jugak!! =D
Aishah nak buat lagi?!
Kepada  para pembaca,
 kalau nak aku tolong editkan,
 hantar gambar korang ,dekat wall aku!Eceh!!




ni hah macam tenah tengok kubur..pastu sedih! =(






ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

And malam tadi aku boring gila tak boleh tidur aku editlah gambar pukul 4 pagi!



Nilah hasilnya =P





Best edit gambar! aku kalau edit gambar je,
 memang berjam-jamlah dekat depan skrin laptop nih!! hihi


MY DAY IS FULL OF BLUE TODAY
Jangan fikir lain!

Sebab apa?sebab hari ni cool..walaupun cuaca panas...

Created story by me!

<3 it when this time come around!hihi


 That time I was walking to the mart...






Then suddenly I got hit by this crazy man..



I was totally mad!!

but then, when I look right into his face..

I find that....
he got this charming look in his eyes,
and when i look at his lips,

I can see he is saying something..
But i didn't hear it because I was in my own fantasy...

I imagine that he was walking with me,TOGETHER!






But then I realize that he's staring at me weirdly...





I step out of my weird fantasy...

I felt embrassed..

But then I stare at him...And I saw he was smiling too

its like i'm in my own fantasy again...

Then he said 'can I help you ?'He's voice was really charming ...
 I'm too nervous, I  couldn't said a thing!
I couldn't even resist myself from.....
staring at him!

Then he laugh at me..
I feel really embarassed
Then I decided to run!!



I stand up and ran...






I even forgot that my destination is to the mart -.-

How pathetic! huh...(sigh)

At night I couldn't sleep..
 I tried to remember his face....



He is a real cute guy!

He's eyes was really cute!
His smile makes me melt like a melting butter






He's my dilemma!!
 I have fallen for him!




That's for sure!!

I've fallen for a complete stranger!!

Mom!!!Help me! Your daughter is having a love ache...



                                          The End!

How how how? Best tak?

Boleh tahan jugak kan daya imaginasi aku...haha



                                                                               ENJOY!!

Sunday 2 October 2011

KENDURI KAHWIN CIK HAKIS

Hari ni aku terpaksa bangun awal dari biasa,

 sebab ada kenduri kahwin pakcik aku...


Mana tak bangun kalau kakak aku tu melalak suruh aku bangun! haha
 dah bangun tu mestilah kena siapkan...







 Lepas siap je.......SNAP!
                                                                               =()


00000000000000000000000000000000000000000000
PENGANTIN BARUNYA


Sepadan tak?tak payah tanya pun dah tahu sepadan....

tapi dekat sana tak ada apa yang nak ditolong sangat pun...
so dekat dalam tu aku main snap snap jelah...







                                                  Alala comelnyalah akak aku ni <3







                                                   Cantik Mak Ngah kakwa yang make up








                                                          Dua-dua pun cute!






                                              Maklang pun sama kena make up dengan kakwa
                                                                    MELETUP!!!








                                                   Last sekali tuan punya gambarlah pulakkan



Hari ni best jugaklah walaupun tak buat apa sangat...
Hari termenung yang terbaik!


HAVE A HAPPY DAY TOO!!!
                           
                               when i'm happy....


                                                   MY DAY IS FULL OF PINK

Saturday 1 October 2011

AUCHAK!!! hihi

 Aku buat blog baru hari ni!! yay..


Hari ni aku ada bermacam jenis kerja aku buat...
(Sebenarnya duduk depan laptop je)

Alasannya asma tak boleh buat kerja lainlah....akak boleh duduk depan laptop pandang skrin dia je...

Ahaha! so apa yang aku buat bersama-sama dengan laptop ni adalah meng-edit gambar!!

Aku ni kalau dah sekali edit asyik nak meng-edit...aja!
tak boleh berhenti, satu gambar tu dah sejam aku buat....padahal bukannya cantik sangat pun aku edit gambar tu!

Nah saksikan lah my edited photos!!






                                                   Senyum sorang-sorang bahaya ni....










                                                               I smile,You smile!!









                                                   Eh apahal ni? WEIRD ME


Hah dah nampak dah betapa busynya aku hari ni?



LEPAS TU AKU TANYA NADIA MACAM MANA NAK LETAK LAGU DALAM BLOG...



Wokayh! mula mula kita guna abjad dulu ya....Lihat di bawah..Eceh

a)pergi ke layout anda
b)tekan add gadet di sidebar anda
c)pilih HTML/JavaScript
d)then copy lagu dari sini http://www.musicdumper.com/ tapi kena carilah lagu tu dulu
e)pastu pergilah dekat c tadi tu, lepas itu paste-kan url lagu tu..


Dah siap!!


Thank you Nadia!!


THE END!!



MY DAY FULL OF PINK TODAY