About Me

My photo
NEVER leave me alone without food!

Sunday 16 October 2011

Success in your life



Hari ini aku nak kongsi pendapat aku dengan korang,
tentang macam mana nak capai kejayaan dalam hidup!

Kenapa aku  tiba-tiba je nak tulis benda ni?
Sebab aku sendiri pun tak tahu macam mana nak berjaya dalam hidup...

Selepas penat lelah aku mencari macam mana nak capai kejayaan dalam hidup dekat google,majalah...
Aku pun tulis lah entry pasal  ni....

Okay jom mula!







Cara-Cara nak berjaya dalam kehidupan...


1) Jangan suka buat perbandingan

-setiap orang ada cara dan gaya dia sendirikan..sama juga dalam menyelesaikan sesuatu...
 Jadi tak payah lah bandingkan diri dengan orang lain berlebih-lebihan

CONTOH: 'Dia belajar sejam je pun dah boleh dapat result yang bagus, aku?'

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri...





2) Jangan selalu kata ' Tak Boleh!'

-Apalah,belum buat apa-apa lagi dah kata tak boleh!
  Belum tahu result lagi dah putus asa..






3) Belajar menghargai diri orang lain juga

- Kalau nak tahu orang yang berjaya bukan setakat hargai diri dorang je!
  Dorang pun turut hargai diri orang lain juga...
  Jadi untuk berjaya jangan pandang rendah terhadap orang lain...





4) Lupakan memori lama..

- Perkara yang dah lepas (bad memories) tak payah nak di ingat-ingat balik..
  perkara yang membuatkan kita berasa lemah/tak semangat harus dilupuskan dari otak sama sekali!
  Sekali gagal tak bermakna gagal selamanya kan?




5) Janganlah terus jadi budak-budak =.=

-Buang semua sifat-sifat buruk korang...
  seperti gosip, mengumpat, berhasad dengki!

 (tapi untuk perempuan gosip tu memang tak boleh dielakkan lah... =P )





6)Don't be selfish! jangan jual ikan tahu!

-Cuba tengok orang yang berjaya, dorang mesti ada orang yang sokong dorang dari belakang..
  Samalah dengan diri kita..kita perlukan sokongan untuk terus berjaya.
  Janganlah pentingkan diri je...





7)Jangan takut timba pengalaman dan cabaran baru

-kita ni kalau dah biasa dengan satu tempat..kita memang tak akan berganjak dari situ!
  contohnya kita pindah sekolah baru... tak payah takut, dekat situ pun kita masih boleh belajar
  dan dapat kawan! :)




8) Confidence!

- Dalam apa benda sekali pun, kita mesti yakin dengan diri sendiri..
  bukan lah terlampau confident... =.=
  Sebenarnya korang kena bangga dengan diri sendiri..
  Yakin bahawa tak ada siapa dekat dunia ni yang lahir tanpa kelebihan...




RAHSIA JADI RATU MESRA


1)Smile

-Tak perlulah terlalu ramah..just senyum menandakan yang korang ni tak sombong sebenarnya..



2)Tindak balas

-bongkokkan sikit badan bila orang bercakap,
  ini menunjukkan korang tertarik dengan cerita dia...



3)Masukkan diri

-Buatlah diri korang sebahagian dari kumpulan tu..
  duduklah dekat tempat yang mana semua oran tengah berborok..
  Then,try lah cakap sesuatu yan berkaitan dengan topik yang dorang bincangkan..
 
(tapi janganlah orang tengah bergosip tiba-tiba kita menyampuk..mesti dorang tak suka)



4)rilex kan diri

-Jangan buat bahasa tubuh  yang buatkan orang rasa nak lari daripada kita...
  Kepala tak payah lah ditundukkan sangat sebab tu akan membuatkan orang fikir korang ni terlalu pemalu..




Okay tamat...



Fuhh...


Rasanya,
Ini adalah entry yang terpanjang pernah aku tulis...

Bye...

Semoga korang suka entry yang aku buat kali ni...hihi  ^_^



http://www.smileycodes.info



IKHLAS DARI :   Najla





2 comments:

Unknown said...

thanks...
good info.

nur najla said...

@man
your welcome!! ^_^
THANKS for reading..